Sebenarnya.. tujuan tajuk ini ditulis adalah untuk meluahkan betapa kecewa nyer aku bila manusia tersayang aku menilai aku melalui luaran (jasad).. Tapi hati(minda) aku nie sape yang tau melainkan Allah s.w.t.. Mungkin betuk apa yg dier katakan yg aku nie seakan2 tidak menyintai dier tetapi hakikat nyer berbeza.. Ak adalah manusia yang tidak mudah melahirkan rasa sayang aku pada seseorang dengan kata-kata.. Aku bukan begitu.. Walaupun ak dh cuba utk bt begitu.. tp hatiku tetap xske lakukan nyer.. Pada diriku, sayang itu bukan untuk ditunjuk dan tidak dapat di simbolikkan dengan sesuatu bende (matter) di dunia ini.. Pada aku, sekiranya seseorang itu betul-betul mencintai gadis itu, manakan mngkin bisa ia lafazkan perkataan "abg syg syg" dengan semudah itu.. Cinta yang dapat disimbolikkan dengan sesuatu di dunia ini pada diriku adalah cinta murahan yang boleh dijual beli... Kenapa susah benar untuk memahami diriku.. Kenapa dipersoalkan tentang kesetiaanku.. Kenapa sering melukakan hatiku ini.. Mungkin kita berbeza.. Kenapa setiap wanita itu mahukan seseorang lelaki itu menunjukkan perasaan cinta itu dengan meletakkan simbolik sebagai cinta mereka.. Aku x mgkin boleh tunjukkan betapa syg nyer ak pada dier.. Mgkin bila aku sdah tiada kelak barulah dier mengetahui betapa dalamnya sayangku padanya.. Tp pada masa itu semuanya mungkin sudah terlambat..
Cukuplah luahan hatiku untuk malam ini.. aku pun xtau ape yang aku coretkan cuma ia adalah sekadar luahan perasaan yang sering terluka tanpa dihiraukan.. Maaf kalau perkataan ini menyinggung perasaan mana2 pihak.. Ini cumalah luahan yang terbuku dalam hatiku.. dan aku redha ya Allah setiap ketentuanMu.. Tidaklah aku wujud dalam alam ini hanya semata-mata untuk mencari keredhaanMu ya Allah.. Ku nafikan cinta di dunia ini semata-mata untuk mencari cinta sejatiMu..