09 June 2011

Minda dan Jasad

Agak lama jugak x update blog ak nie.. sjak2 nie bz sket dgn aktiviti harian.. kdg2 xbz pun.. So, berbalik kpd tajuk arini.. MINDA & JASAD.. Wah, tajuk gempak nie..hehehe sebenar nyer untuk semester pendek nie ak amik subjek Falsafah Berfikir dan kumpulan aku dpt tajuk Falsafah Minda.. Perbincangan dalam tajuk nie mmg menarik.. Dorg duk pikir2 sape manusia nie sebenar nyer.. ade yang kata minda dan ade yang kata jasad.. Tapi motif ak tulis blog nie bukan la nak citer pasal falsafah minda ini tapi kiasan disebaliknya..huhu Bila sebut minda dan jasad, kita akan lihat perbezaan antara kedua-dua sifat ini. Minda itu wujud dalam alam tidak nyata @ mental existence manakala Jasad pula wujud dalam alam nyata iaitu external existence.. Kebiasaannya, manusia suka menilai seseorang itu melalui pancaindera (empirik) berbanding akal (rasional).. Apabila pancaindera lebih dijadikan sumber utama dalam penilaian.. Maka kdg2 penilaian itu akan menjadi berat sebelah.. Hal ini disebabkan mereka tidak melakukan penilaian terhadap sifat manusia yang mereka tidak nampak.. Analogi nyer mudah, seorang ibu memarahi anaknya boleh dikatakan ibunya seorang pemarah tetapi sebenarnya ibunya itu seorang yang menyayangi anaknya cuma anaknya dimarahi kerana ibunya mahu membentuk anaknya menjadi insan yang baik.. Aduh.. jauh sudah ak mengarut.. kita kembali kepada topik balik..

Sebenarnya.. tujuan tajuk ini ditulis adalah untuk meluahkan betapa kecewa nyer aku bila manusia tersayang aku menilai aku melalui luaran (jasad).. Tapi hati(minda) aku nie sape yang tau melainkan Allah s.w.t.. Mungkin betuk apa yg dier katakan yg aku nie seakan2 tidak menyintai dier tetapi hakikat nyer berbeza.. Ak adalah manusia yang tidak mudah melahirkan rasa sayang aku pada seseorang dengan kata-kata.. Aku bukan begitu.. Walaupun ak dh cuba utk bt begitu.. tp hatiku tetap xske lakukan nyer.. Pada diriku, sayang itu bukan untuk ditunjuk dan tidak dapat di simbolikkan dengan sesuatu bende (matter) di dunia ini.. Pada aku, sekiranya seseorang itu betul-betul mencintai gadis itu, manakan mngkin bisa ia lafazkan perkataan "abg syg syg" dengan semudah itu.. Cinta yang dapat disimbolikkan dengan sesuatu di dunia ini pada diriku adalah cinta murahan yang boleh dijual beli... Kenapa susah benar untuk memahami diriku.. Kenapa dipersoalkan tentang kesetiaanku.. Kenapa sering melukakan hatiku ini.. Mungkin kita berbeza.. Kenapa setiap wanita itu mahukan seseorang lelaki itu menunjukkan perasaan cinta itu dengan meletakkan simbolik sebagai cinta mereka.. Aku x mgkin boleh tunjukkan betapa syg nyer ak pada dier.. Mgkin bila aku sdah tiada kelak barulah dier mengetahui betapa dalamnya sayangku padanya.. Tp pada masa itu semuanya mungkin sudah terlambat..

Cukuplah luahan hatiku untuk malam ini.. aku pun xtau ape yang aku coretkan cuma ia adalah sekadar luahan perasaan yang sering terluka tanpa dihiraukan.. Maaf kalau perkataan ini menyinggung perasaan mana2 pihak.. Ini cumalah luahan yang terbuku dalam hatiku.. dan aku redha ya Allah setiap ketentuanMu.. Tidaklah aku wujud dalam alam ini hanya semata-mata untuk mencari keredhaanMu ya Allah.. Ku nafikan cinta di dunia ini semata-mata untuk mencari cinta sejatiMu..



1 comment:

Eira Wafira said...

besh..tp tenggok mcam semak cket opss..! soryy xD pepe pown cantek..so chill..btw singgh la blog sye http//:eirawafira.blogspot.com